SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Guna F.B Untuk Fizo Omar Luahkan Perasaannya


Jejaka Idaman Gadis Malaya Siapa Dapatnya Bertuah Badankan Jom Baca Kisahnya Di Bawah.....

PEMILIK nama Fizo Omar atau Wan Hafizol Wan Omar tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri hiburan.

Pelakon berusia 28 tahun ini banyak muncul dalam drama-drama tempatan sejak enam tahun lalu.

Kurang menonjol dalam membintangi filem tanah air bukan alasan untuk anak muda ini tidak dikenali. Ikuti temu bual Sinar Harian Online dengan hero filem Cinderella ini.


SINAR HARIAN ONLINE : Ceritakan watak Fizo dalam Cinderella.

FIZO : Saya memegang watak sebagai Salman. Cinderella merupakan sebuah filem yang paling berat untuk saya lakonkan daripada segi karakter itu. Tanggungjawab saya untuk membawa kembali watak yang pernah dipegang Ahmad Idham suatu ketika dulu...ia satu cabaran yang berat untuk saya. Jalan cerita ini telah diubah menjadi lebih berat dengan watak Salman yang ‘playboy’, lelaki berkerjaya pada usia muda tapi dengan hasil kekayaan bapanya.

Salman ditangkap basah dan berkahwin dengan perempuan kampung. Semua momen yang berlaku dalam cerita ini adalah momen yang berat dan perlukan lakonan yang berkesan untuk sampaikan jalan cerita dan watak tersebut.

SINAR HARIAN ONLINE :  Apa yang membuatkan Fizo menerima tawaran berlakon filem Cinderella ini?

FIZO : Saya terima sebab tawaran ini adalah daripada Ahmad Idham. Beliau seorang pengarah hebat dan produser terkenal. Pada saya, apabila Ahmad Idham menawarkan kepada saya, maksudnya beliau percaya dengan lakonan saya, kerja-kerja saya, bakat saya. Saya menggalas tanggungjawab ini untuk menguji lakonan saya sendiri dan saya nak buktikan yang saya boleh bawa watak genre drama berat, yang insya-ALLAH akan menangis bila menonton cerita ini.

SINAR HARIAN ONLINE :  Fizo banyak berlakon drama berbanding filem. Apa komen Fizo?

FIZO : Pada saya, semua pelakon memang bercita-cita untuk berlakon filem. Filem adalah medium...bukan kemuncak tetapi satu tahap yang lebih maju bagi seorang pelakon itu sendiri. Tetapi untuk naik ke satu tahap yang lebih bagus dan lebih tinggi, kita kena bermula dari bawah.

Saya dalam industri dah enam tahun, bukan saya tak ada berlakon filem. Setakat ini saya sudah berlakon dalam lima atau enam filem. Cuma saya tak mahu terkejar-kejar untuk berlakon filem. Pada saya dengan hasil usaha saya, dengan saya kerja kuat untuk saya mempertingkatkan mutu lakonan, insya-ALLAH masa saya itu akan sampai. Dan Alhamdulillah saya diberi peluang untuk berlakon filem.

Saya rasa bakat saya sudah mula dinilai oleh orang-orang hebat dalam industri. Seperti Abang Rosyam Nor yang menawarkan saya untuk berlakon dalam filem Isyarat Cinta dan kini, abang Idham untuk filem Cinderella pula.

SINAR HARIAN ONLINE : Lakonan Fizo semakin baik berbanding awal kemunculan. Apa komen Fizo?

FIZO : Kalau ikut caranya, sebenarnya, tidak ada ‘short cut’. Memang kita kena belajar daripada pengalaman. Jadi, selama enam tahun ini, saya rasa saya dah membintangi lebih 30 drama. Jadi, macam-macam pengarah yang saya sudah bekerjasama, macam-macam watak yang saya dah bawa dan macam-macam pengalaman saya dah lalui. Alhamdulillah, saya rasa ada lah sedikit peningkatan dalam lakonan saya.

SINAR HARIAN ONLINE :  Fizo sudah puas dengan watak-watak yang dibawa sepanjang enam tahun berlakon?


FIZO : Belum puas lagi. Saya sudah mencuba bawa watak jahat dan watak baik tetapi maklum balas yang saya terima apabila saya bawa watak jahat, contohnya dalam Sungai Dari Langit Biru, ramai yang benci dengan saya.
Memang pertama kali dalam tempoh lima tahun ini. Alhamdulillah lah sebab apabila orang benci itu maksudnya, apa yang saya cuba sampaikan kepada penonton itu sampai dengan baik.

Tapi ramai yang lagi suka saya bawa watak-watak yang baik, drama, yang orang menangis bila lihat babak sedih. Saya rasa watak itu lebih sinonim dengan saya.

SINAR HARIAN ONLINE :  Senang untuk Fizo menangis?

FIZO : Ia tidak mudah. Saya sebenarnya seorang yang sangat susah nak menangis. Air mata saya sangat berharga. Saya cuma menangis atas sebab-sebab tertentu.
Cuma, dalam lakonan apabila kita menghayati, lakonan semuanya adalah tentang imaginasi. Kalau imaginasi tinggi, fokus okey, insya-ALLAH apa yang kita nak buat itu menjadi.

SINAR HARIAN ONLINE :  Boleh kongsi sedikit tentang perniagaan Fizo?
FIZO : Saya masih aktif berniaga Hot Burger. Setakat ini, saya sudah ada lebih kurang 30 cawangan di sekitar Lembah Klang dan insya-ALLAH akan melebarkan sayap ke Johor Baru dan Utara pada tahun ini.

Di samping itu, saya juga ada beberapa perniagaan lain. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Setakat ini, Alhamdulillah atas apa yang saya buat, saya mampu tersenyum.

Tapi di sebalik itu, macam-macam benda saya lalui. Bukan senang nak berjaya.

SINAR HARIAN ONLINE : Boleh kongsi sedikit tentang kisah cinta Fizo?

FIZO : Saya sebenarnya tidak suka bercakap tentang kisah cinta saya dalam media baik Twitter, akhbar, TV tetapi sebagai ‘public figure’, itulah pengorbanan saya. Ini harga yang perlu saya bayar sebagai selebriti.

Sedikitlah yang saya boleh cakap tentang kisah cinta saya, mungkin belum ada jodoh untuk bersama. Saya baru putus cinta. Mungkin dia bukan jodoh saya.

Mungkin inilah masa untuk saya lebih fokus pada kerjaya dan bisnes saya. Mungkin dia bukan untuk saya dan saya bukan untuk dia.

Saya percaya, semua yang berlaku ada hikmah.

SINAR HARIAN ONLINE : Bagaimana sokongan peminat?

FIZO : Alhamdulillah kalau bercerita tentang peminat, saya suka layan peminat saya. Pada saya, mereka itu...‘my everything’.

Pada saya, penghargaan peminat saya telah membakar semangat saya untuk lebih maju ke hadapan dan tingkatkan kualiti lakonan.

Peminat yang ada sekarang ini, sentiasa di belakang saya tak kira apa yang berlaku, saya bersyukur sangat.

Sebab itu, saya tak boleh berenggang dengan Twitter. Mana-mana saya pergi, saya akan berkomunikasi dengan mereka. Saya selalu kemas kini apa yang saya buat.

Itu adalah cara saya menghargai peminat saya yang menyokong saya selama ini.

Insya-ALLAH saya akan lancarkan ‘fan club’ saya, Superf120, bulan depan secara rasmi.

Sebelum ini saya buat ‘gathering’ di Langkawi, mungkin kali ini, saya buat lagi hebat untuk peminat-peminat saya.






Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori dunia hiburan dengan tajuk Guna F.B Untuk Fizo Omar Luahkan Perasaannya. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/guna-fb-untuk-fizo-omar-luahkan.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 2/07/13

Belum ada komen untuk "Guna F.B Untuk Fizo Omar Luahkan Perasaannya"

Catat Ulasan

Geng Blogger

Putera Izman