Kasian Nasibnya Tetapi Itu Cara Terbaik Dan Selamat Untuk Dirinya Dan Orang Ramai...Selamat Membaca Info Ini.......
Wang Muxiang, 74, mengurung anaknya, Wu Yuanhong selepas dia membunuh seorang budak lelaki berusia 13 tahun di kampungnya di China pada 2001.
Wu dibebaskan dari penjara setahun kemudian selepas pihak berkuasa memutuskan dia tidak bersalah kerana tidak siuman. Bagaimanapun Wang bimbang Wu akan membunuh lagi. Kerana itu dia mengurungnya dalam sebuah bilik kosong di kediaman mereka.
Gambar menyayat hati menunjukkan Wu, 42, duduk di atas selimut dalam sangkar kecil dengan kakinya diikat dengan rantai besar dan hanya berkemeja-T dan seluar dalam.
Dia diberi makan tiga kali sehari oleh ibunya. Untuk buang air, dia diberi mangkuk.
Selepas dibebaskan dari penjara, Wu dirantai tetapi melarikan diri berulang kali dan menakutkan jiran apabila berkeliaran di Kampung Lijiachong, berhampiran Ruichang di tenggara China.
WU dikurung dalam sangkar buatan ibunya.
Ibunya meminta tukang besi tempatan membuat sangkar tetapi mereka enggan kerana bimbang Wu menyerang mereka jika dia melarikan diri.
Akhirnya, Wang terpaksa membuatnya sendiri.
“Anak saya mungkin tidak siuman hingga membunuh orang. Tetapi dia tetap anak saya. Untuk menggunakan tangan saya sendiri bagi menempatkannya dalam sangkar adalah keputusan yang amat sukar, seperti ditikam dengan pisau.
“Setiap kali menghantar makanan, saya akan duduk di kandang itu dan menangis. Kini air mata saya sudah kering.” Ramai pesakit mental di China tidak diberikan rawatan sewajarnya kerana kekurangan sumber dan pakar berkelayakan, khususnya di luar bandar. – Agensi
Tajuk Paling Popular
Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini
Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa
dengan tajuk Kasian Gara-gara Sakit Mental Terpaksa Dikurung Dalam Kandang. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/kasian-gara-gara-sakit-mental-terpaksa.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown - 4/07/13
Belum ada komen untuk "Kasian Gara-gara Sakit Mental Terpaksa Dikurung Dalam Kandang"
Catat Ulasan