SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Kediaman Musnah Terbakar Suram Nak Sambut Ramadhan



Musnah Impian Keluarga Ini Apabila Api Telah Musnahkan Semua Harta Benda Termasuk Baju Raya....Sedih Mendengar Dan Harap Tabah Hadapi Dugaan Nie.....

Johor Bahru: Lima beranak yang tinggal di Jalan Mewah Ria 2/6, Taman Bukit Mewah, di sini, bercadang memakai pakaian sedondon berwarna biru muda dan sudah membelinya kelmarin.

Bagaimanapun, semalam, impian itu lebur selepas rumah dua tingkat dihuni keluarga Mazlan Marijan, 50, sejak 10 tahun lalu musnah terbakar.


Dalam kejadian jam 2 petang itu, kebakaran memusnahkan keseluruhan rumah berkenaan menyebabkan pelbagai barangan persediaan Ramadan serta Aidilfitri musnah.

Menurut Mazlan, ketika kejadian, mereka sekeluarga tiada di rumah.



“Saya bertugas sebagai penjaga stor di sebuah kilang di sekitar bandar raya ini manakala isteri, Saripah Talam, 51, memandu van sekolah.


“Tiga anak juga tiada di rumah. Saya dimaklumkan berkaitan kebakaran oleh jiran sebelum bergegas pulang,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Mazlan, tiada apa dapat diselamatkan kerana api marak dengan pantas.


Katanya, dia membeli baju Melayu dan baju kurung untuk menyambut Aidilfitri di sebuah pasar raya di Tampoi dan tidak sabar untuk memakainya.

“Kami mengemas rumah semalam (kelmarin) sebagai persediaan menyambut Ramadan.


“Saya menghabiskan RM400 untuk membeli pakaian berkenaan namun hajat untuk beraya sedondon tidak kesampaian,” katanya.


Mazlan berkata, keluarganya sedih dengan kejadian itu memandangkan isterinya meninggalkan kediaman dalam keadaan baik ketika keluar bekerja.


Bagaimanapun, Mazlan berkata, dia reda dan bersyukur kerana ahli keluarganya selamat.


“Kami akan berpindah ke sebuah lagi kediaman keluarga di Taman Cempaka, Tampoi namun kemudahannya tidak selengkap rumah yang terbakar ini.


“Kami akan menyambut Aidilfitri di kediaman berkenaan,” katanya.


Keluarga Mazlan turut menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat yang turut menyampaikan bantuan wang dan barangan keperluan.


Sementara itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Johor Bahru Pegawai Bomba Kanan II Razman Abdul Halim berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran pada jam 2 petang.


Menurutnya, operasi memadam kebakaran dijalankan oleh 16 anggota dengan dua jentera bomba, mereka tiba di lokasi pada jam 2.12 petang.


“Api marak ketika kami tiba dan ia memusnahkan 95 peratus kediaman berkenaan. Bagaimanapun, kami berjaya memadamkan kebakaran itu dan mengelaknya daripada merebak ke rumah jiran,” katanya.











Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk Kediaman Musnah Terbakar Suram Nak Sambut Ramadhan. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/kediaman-musnah-terbakar-suram-nak.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 9/07/13

Belum ada komen untuk "Kediaman Musnah Terbakar Suram Nak Sambut Ramadhan"

Catat Ulasan

Geng Blogger

Putera Izman