SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Kesian Isteri Muda Ini Terpaksa Buang Rahim



Selamat Datang Ke Blog Memang Gempaq...... Semoga Isteri Ini Dapat Kekuatan Dan Sokongan Suaminya Untuk Terus Hidup Tanpa Rahim



 Baru-baru ini saya menjalani pembedahan membuang rahim. Umur saya 28 tahun dan baru setahun berkahwin, kami belum mempunyai anak.

Saya disahkan menghidap kanser tahap satu. Ketika diberitahu menghidap kanser, saya tidak tahu hendak berbuat apa.

Saranan daripada doktor di hospital supaya saya bersetuju untuk menjalani pembedahan membuang rahim. Atas desakan keluarga dan suami, saya bersetuju. Kini sudah hampir dua bulan selepas proses pembedahan pembuangan rahim dan kedua-dua ovari.


Doktor ada memberitahu yang saya akan mengalami simptom menopaus. Soalannya, apakah saya akan benar-benar mengalami semua simptom menopaus seperti yang dialami wanita lebih berumur memandang­kan saya masih muda?


Sekarang, saya susah tidur dan keinginan sek­sual juga kurang. Saya bermohon doktor dapat memberi pandangan mengenai keadaan saya ini.



Aina,
Kuala Lumpur.

Saya pasti anda sudah mendapatkan penjelasan ini sebelum menjalani pembedahan terbabit.

Menopaus berlaku apabila seorang wanita kehilangan fungsi kedua-dua ovarinya walaupun usia masih muda. Malah simptom menopaus lebih ketara dan awal muncul bagi mereka yang menjalani pembedahan membuang ovari kerana penurunan paras hormon estrogen berlaku dengan mendadak.

Simptom ini dialami seawal satu hingga dua hari selepas pembedahan. Apa yang anda alami adalah antara simptom menopaus di samping serangan kepanasan sehingga perasaan menjadi mudah marah dan sensitif serta mengganggu tidur, kekeringan kulit, sakit belakang, berdebar-debar dan seumpamanya.

Apakah peringkat sebenar kanser anda? Ini dapat diketahui selepas pembedahan dan maklumat penuh dapat diketahui selepas hasil ujian histologi makmal ke atas rahim diketahui beberapa hari kemudiannya.

Apakah rawatan anda dikira sudah selesai atau lengkap dan tidak memerlukan rawatan tambahan? Seeloknya anda mendapat­kan maklumat lanjut daripada doktor anda serta mematuhi lawatan yang dijadualkan.

Bagi wanita yang mendapatkan rawatan pada peringkat awal seperti anda, peluang kejayaan pembedahan masih tinggi.











Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info kesihatan dengan tajuk Kesian Isteri Muda Ini Terpaksa Buang Rahim. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/kesian-isteri-muda-ini-terpaksa-buang.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: putera izman - 2/07/13

2 komentar untuk "Kesian Isteri Muda Ini Terpaksa Buang Rahim"

Geng Blogger

Putera Izman