Malah, abang saya sudah mula tidak pulang ke rumah berhari-hari lamanya. Ada kalanya dia keluar tengah malam selepas anak tidur dan pulang sebelum anak bangun. Dia juga sering memukul, mencekik, malah menghantuk kepala isterinya iaitu kakak ipar saya ke dinding dan tidur berasingan. Dia marah dan pukul kakak ipar saya yang selalu masuk campur halnya dengan wanita terbabit. Kini sudah tiada lagi kemesraan antara anak, ibu bapa dan adik beradiknya. Perkara itu berlarutan sehingga setahun.
Kakak ipar saya pula merujuk perkara berkenaan di pejabat agama dan mengajak abang saya mendapatkan kaunseling, tetapi tidak diendahkannya. Macam-macam usaha dilakukan kakak ipar dan keluarga saya, tetapi tidak berhasil.Saya juga diberitahu seorang kawannya yang dia mengaku pernah menemankan abang saya itu untuk berjumpa dan tidur dengan wanita terbabit.Bagi menjernihkan keadaan, saya juga berjumpa dengan suami wanita terbabit dan memberitahu perkara sebenar dengan harapan suaminya dapat mengambil tindakan, namun hampa.
Saya ada mencuba cara kampung kerana abang saya dikatakan terkena guna-guna wanita terbabit, namun hampa. Saya sekeluarga juga selalu bersolat hajat meminta pertolongan daripada Allah. Saya perlukan bantuan Dr untuk menunjukkan jalan penyelesaian.
Ema
Selangor
Penyelesaian terbaik ialah abang kembali taat kepada tuntutan ajaran Islam dalam soal berkeluarga dan bertanggungjawab sebagai suami. Begitu juga dengan pihak lain. Memang sudah banyak usaha yang sudah dilakukan sama ada oleh anda mahupun kakak ipar dalam memperbaiki keadaan dan semuanya tidak berhasil setakat ini.
Bagaimanapun, doa dan solat hajat perlu diteruskan agar abang sendiri insaf dan kembali taat kepada ajaran Islam. Seterusnya kakak ipar boleh mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Syariah untuk mendapatkan fasakh perkahwinan sekiranya perangai dan tindakan abang sendiri masih berterusan begitu.
Keganasan rumah tangga juga boleh dilaporkan kepada polis untuk diambil tindakan. Ini penting agar penderaan tidak berlaku berterusan.
Tajuk Paling Popular
Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini
Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori kisah menarik
dengan tajuk Kisah Sedih Suamiku Ada Perempuan Lain. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/kisah-sedih-suamiku-ada-perempuan-lain.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown - 7/07/13
http://mgjmp.com/inv/ptz9v4b3439l1pc6
BalasPadamhttp://mgjmp.com/inv/ptz9v4b3439l1pc6
BalasPadam