SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Maut Akibat Menegur Lelaki Mabuk

 
 
Siapa Sangka Hal Kecil Je Boleh Bawa Maut Pada Lelaki Ini....Sudah Tiba Ajalnya Siapa Sangka...Kisah Seterusnya

Johor Bahru: Akibat menegur kelakuan sekumpulan lelaki mabuk yang mengurat teman wanitanya, seorang lelaki maut dibelasah di luar sebuah pusat hiburan di Jalan Kebun Teh di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa Ong Kien Chong, 27, yang juga pekerja bahagian logistik sebuah syarikat swasta dari Perak, dikatakan berhibur bersama teman wanitanya selepas selesai urusan kerja di bandar raya ini.


Mangsa dikatakan berhibur di pusat hiburan berkenaan bersama beberapa rakan lelaki, dua wanita termasuk teman wanitanya sebelum tiga lelaki di meja sebelah mengurat dua wanita berkenaan. Perbuatan itu tidak disenangi mangsa dan rakannya sebelum mereka menegur kumpulan lelaki terbabit.

Malangnya, teguran bertukar pertengkaran sebelum mereka bertumbuk di dalam pusat hiburan itu. Keadaan bertambah buruk apabila kumpulan lelaki (suspek) dipercayai memanggil beberapa rakannya menunggu di luar pusat hiburan itu, sebelum membelasah mangsa dan dua rakan lelakinya menggunakan parang dan kayu ketika mangsa keluar dari pusat hiburan berkenaan.


Perbuatan itu menyebabkan mangsa dan rakannya cedera parah sebelum cuba melarikan diri dan ditemui orang ramai kira-kira satu kilometer dari pusat hiburan itu dalam keadaan berlumuran darah.


Mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) menggunakan ambulans dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.15 pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, polis menerima panggilan kecemasan pada kira-kira jam 4 pagi berkaitan seorang lelaki berlumuran darah ditemui di hadapan sebuah hotel di Majidee, di sini.


Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk Maut Akibat Menegur Lelaki Mabuk. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/maut-akibat-menegur-lelaki-mabuk.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: putera izman - 1/07/13

2 komentar untuk "Maut Akibat Menegur Lelaki Mabuk"

Geng Blogger

Putera Izman