SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Sudah Bagi Kawin Lain Tetapi Tidak Berlaku Adil



Selamat Datang Ke Blog Memang Gempaq Semoga Cerita Ini Dapat Memberi Pedoman Pada Isteri Yang Bermadu.....


Suami juga tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa. Segala tanggungjawab saya yang pikul seperti perbelanjaan anak dan sewa rumah.

Isteri kedua,
Kuala Lumpur


Islam membenarkan seorang suami beristeri lebih daripada satu (poligami; Arab, ta’addud al-zawjat atau lebih tepat polygyny dalam bahasa Inggeris).


Kebenaran Islam ini sesuai dengan fitrah seseorang lelaki berbanding perempuan.

Seterusnya soal nafkah biasanya tidak timbul kerana seorang lelaki mampu dan dilihat mampu untuk memberi nafkah asas kepada isterinya.

Ini bertepatan dengan seorang lelaki yang mempunyai tenaga lebih, mampu berusaha keras dan biasanya bertanggungjawab dalam menanggung anak isteri.

Hal ini diimbangi lagi dengan ajaran Islam yang menetapkan, antaranya supaya isteri atau isteri-isteri memenuhi hak mereka terhadap suami dengan tidak meminta-minta sesuatu yang lebih daripada keperluan hidup dalam nafkah, pakaian dan tempat tinggal.

Dalam soal poligami ini Islam bagaimanapun lebih menitik-berat persoalan keadilan berbanding perkara di atas.

Ini bersesuaian dengan tabiat seorang lelaki yang biasanya alpa dalam melayan semua isterinya secara adil.

Al-Quran mengingatkan kita terutama pihak lelaki dalam firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap anak yatim (perempuan), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan daripada perempuan (lain) dua, tiga atau empat.

“Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil maka (berkahwinlah dengan) seorang saja atau (kahwinilah) hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman.” (Surah an-Nisa, ayat 3)

Maksud keadilan di sini berkisar kepada hadiah yang diberikan dan giliran bermalam dengan isteri.

Ia hendaklah sama pada prinsipnya antara semua isteri. Dalam keadaan tertentu Islam masih membenarkan berlaku perubahan dan ketiadaan giliran apabila isteri terbabit membenarkannya.

Dengan kata lain, seorang suami hendaklah berlaku adil kepada isterinya tanpa ada ‘favouritisme’ (unsur lebih cenderung) antara mereka. Contohnya, dalam mengiringi suami ketika bermusafir, suami hendaklah mencabut undi dalam memilih antara isterinya.

Dalam kes puan ini, puan perlu melihat perkara yang saya kemukakan di atas dan membuat penilaiannya.

Saya melihat suami puan gagal berlaku adil dalam poligami dari sudut giliran. Ini yang ditekankan Islam manakala dalam soal yang lain ia adalah masalah perkongsian rumah tangga yang biasa.

Puan sepatutnya mendapat nafkah asas berupa makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan kesihatan.

Begitu juga dengan anak di bawah tanggungan suami dalam perkara asas dan bergantung kepada kemampuan suami.

Suami yang gagal berbuat demikian dikira suami yang tidak menjalankan tanggungjawab kepada isteri dan anak. Beliau akan dipersoalkan di akhirat nanti. Tindakan mahkamah juga boleh diambil dalam mendapatkan hak anda dan anak.

Bagaimanapun, dalam soal bermewah-mewah tidak lagi menjadi tanggungjawab seorang suami seperti makanan mewah di hotel atau restoran berhawa dingin. Sekiranya suami mampu dan sudi membawa puan ke sana ia tidak menjadi masalah.








Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info perkahwinan dengan tajuk Sudah Bagi Kawin Lain Tetapi Tidak Berlaku Adil. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/sudah-bagi-kawin-lain-tetapi-tidak.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: putera izman - 12/07/13

4 komentar untuk "Sudah Bagi Kawin Lain Tetapi Tidak Berlaku Adil"

  1. kalau xmampu baik xpayah nak menggatal..hu3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama20.8.13

      Kalau tak mampu tapi dah terjebak bercinta lama2,tak kan tak nak kawin,naya ler pompuan tu.

      Padam

Geng Blogger

Putera Izman