SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Terima Hadiah Hari Jadi Yang Luar Biasa



Semua Orang Seronok Bila Nak Menyambut Hari Jadi Tetapi Nasib Malang Bila Harinya Disambut Bersama Orang Yang Tak Diundang...JOM BACA DIBAWAH....

Banting: Seorang lelaki menerima ‘kejutan’ hari jadi yang tidak mungkin dilupakan apabila dia menerima kunjungan kira-kira 20 lelaki yang mengamuk hingga hampir meragut nyawanya dalam satu serangan ala kongsi gelap di sebuah kawasan perumahan di Telok Panglima Garang, di sini, Isnin lalu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam itu menyebabkan mangsa yang berusia 50 tahun cedera di muka dan mata manakala seorang lagi lelaki dipercayai seorang daripada kumpulan penyerang berkenaan kini masih bertarung nyawa di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang kerana terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.



Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Nordin Manan berkata, sejurus menerima maklumat mengenai kejadian itu, polis bergegas ke lokasi dan mendapati seorang lelaki terbaring dengan kesan kecederaan di kepala dipercayai ditetak menggunakan senjata tajam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan adalah seorang daripada 20 lelaki yang datang ke rumah mangsa untuk menyerangnya.


“Susulan kejadian itu, kita menghantar semua mangsa untuk menerima rawatan sementara gerakan mencari suspek lain yang terbabit dalam kejadian itu turut dijalankan.


“Hasilnya, kita menahan enam lelaki berusia antara 22 hingga 27 tahun di sekitar kawasan berkenaan kira-kira jam 2.30 pagi dan kita sedang mencari beberapa individu lain yang dipercayai dapat membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata dan meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu agar tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.


“Motif kejadian dan hubungan mangsa dengan lelaki terbabit masih dalam siasatan,” katanya.




Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk Terima Hadiah Hari Jadi Yang Luar Biasa. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/terima-hadiah-hari-jadi-yang-luar-biasa.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: putera izman - 11/07/13

2 komentar untuk "Terima Hadiah Hari Jadi Yang Luar Biasa"

Geng Blogger

Putera Izman