SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Dilema Anak Mencari Kerja Kerana Ibu

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ini dan membaca info-info yang telah disediakan oleh admin.....Selamat Membaca


Saya ada masalah de­ngan keluarga terutama ibu. Sikap mereka menyebabkan saya menghadapi tekanan.

Untuk pengetahuan, saya mahasiswa akhir di sebuah institusi pengajian tinggi di utara tanah air. Saya mengambil jurusan sains sosial kerana minat saya untuk menceburi bidang kerjaya yang berkaitan kema­syarakatan.

Malangnya, ibu tidak mengerti dan bertegas saya mesti menjadi guru. Saya tidak berminat berdepan dengan pelajar dan tahu sejauh mana keupayaan saya.

Kini saya dalam dilema antara mahu mengikuti kemahuan sendiri atau kata ibu. Saya sayang dan hormatkan ibu, tapi saya juga tidak mahu terus terperang­kap dengan pilihan kerja yang tidak diminati.


ANAK SERBA SALAH,
Kedah.


Cita-cita memang penting dalam pemilihan kerjaya. Ahli perkembangan kerjaya melihat individu yang mempunyai cita-cita akan lebih bekerja keras untuk mencapai cita-citanya. Ini satu perkembangan positif dalam pemilihan kerjaya.

Dr gembira kerana adik berwawasan dan mempu­nyai cita-cita yang ingin adik realisasikan sebaik saja tamat belajar. Pekerjaan guru adalah satu pekerjaan yang sangat mulia. Begitu juga bekerja sebagai pekerja sosial. Kedua-dua berada dalam kategori sosial dalam pemilihan kerjaya Holland.

Ciri-ciri personaliti individu dalam kategori sosial ialah suka bekerjasama, suka menolong, bersifat rasional, bijaksana, suka mengambil berat dan suka memujuk. Individu dalam kategori ini juga bersifat prihatin, bertanggung­jawab, peramah, penyabar, baik hati, idealistik dan riang.

Di samping itu, individu sosial adalah seorang yang ekstrovert, memahami orang lain, mudah berinteraksi, suka bergaul dan bersifat pemurah.

Pekerjaan dalam kategori sosial ialah pen­syarah, guru, ustaz, ahli politik, jururawat, kaunselor, pekerja sosial pegawai kastam, pegawai kebajikan, juruacara, pramugari, ahli psikologi klinikal, diplomat, ahli sosiologi dan lain - lain lagi.

Dalam merealisasikan cita-cita dan seterusnya pemilihan kerjaya, perbincangan dengan ibu mengenai dilema adik adalah penting. Adik perlu berbincang dengan ibu menerangkan mengapa berminat untuk menjadi seorang pekerja sosial.

Menjadi seorang pekerja sosial amat banyak manfaatnya. Terangkan kebaikan kerjaya seorang pekerja sosial.

Di samping itu, beritahu ibu mengapa adik tidak mahu menjadi seorang guru. Ia bukan kerana pekerjaan guru tidak baik tetapi ia lebih kepada pemilihan dan minat adik.

Kerjaya guru adalah baik. Guru mendidik anak bangsa. Memilih kerjaya yang diminati akan lebih menjadikan adik bermotivasi dalam kerjaya adik nanti.










Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk Dilema Anak Mencari Kerja Kerana Ibu. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/dilema-anak-mencari-kerja-kerana-ibu.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: putera izman - 1/07/13

2 komentar untuk "Dilema Anak Mencari Kerja Kerana Ibu"

Geng Blogger

Putera Izman