Ingatkan anak melayu jer yang buat perangai cam ni ada jugak anak cina ikut kekasih kerana kenal di f.b ..... jom baca dibawah
Kuala Lumpur: Terpedaya dengan teman lelaki yang dikenali melalui Facebook, seorang gadis berusia 15 tahun melarikan diri dari rumah di Sri Petaling sejak pertengahan April lalu.
Gadis berkenaan, Tan Kah Wei, 15, anak kedua daripada tiga beradik nekad keluar rumah untuk bersama lelaki itu dan usaha ibu bapa menjejakinya gagal selepas dia menukar nombor telefon.
Ibu gadis berkenaan, Ng Kim Lee, 43, berkata, dia risaukan keselamatan anaknya itu kerana tidak pulang hampir tiga bulan.
Katanya, hasil siasatan melalui Facebook, dia menemui akaun anak gadisnya itu bersama seorang lelaki yang tidak dikenali dan kini berada di Balakong.
“Kami sekeluarga ke Balakong untuk mencarinya, namun gagal dan tidak menemui lokasi sebenar lelaki itu tinggal,” katanya yang mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi pada 3 Jun lalu.
Ng berkata, sebelum ini, anak gadisnya itu beberapa kali keluar rumah untuk tidur di rumah rakan dan pulang selepas seminggu tetapi sebaliknya kini sudah tiga bulan anaknya tidak pulang.
Menurutnya, selepas seminggu melarikan diri anaknya ada menghubungi untuk minta wang dan berjanji akan pulang, tetapi sebaliknya apabila dia menutup talian telefon selepas mendapat wang.
“Saya kini buntu memikirkan nasib anak saya itu dan mahu dia pulang ke pangkuan keluarga bagi meneruskan persekolahannya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, tahun ini saja pihaknya menerima lima aduan berhubung kehilangan remaja perempuan yang berusia bawah 18 tahun selepas mengikut teman lelaki yang dikenali melalui Facebook.
Tajuk Paling Popular
Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini
Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa
dengan tajuk Keluar Rumah Ikut Kekasih Ke Balakong. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/keluar-rumah-ikut-kekasih-ke-balakong.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown - 12/07/13
Belum ada komen untuk "Keluar Rumah Ikut Kekasih Ke Balakong"
Catat Ulasan