Pelik Betul Ibubapa Sebelah Perempuan Ini Bag iAnaknya Bertunang Tetapi Tak Benarkan Bernikah Alasannya Muda Lagi.....IKUTINYA DIBAWAH,........
Saya sudah bertunang selama dua tahun. Tunang mengajak saya berkahwin kerana khuatir terjerumus ke dalam maksiat kerana kami selalu berjumpa dan ia dibenarkan oleh bapa saya sendiri.
Masalahnya sekarang perkara itu ditentang oleh ibu dan bapa saya kerana bagi mereka saya masih muda dan harus fokus pada pelajaran. Mereka juga suka mendengar nasihat orang lain dalam masalah ini.
Syarat untuk saya berkahwin adalah perlu menghabiskan pengajian ijazah terlebih dahulu dan mengikut kata mereka supaya menjadi guru.
Untuk pengetahuan Dr, saya baru berusia 22 tahun dan berada di semester akhir pengajian diploma. Ini bermakna saya dan tunang perlu menunggu untuk tiga tahun lagi sebelum kami boleh bernikah.
Saya dan tunang ada merancang untuk menggunakan khidmat wali enggan (wali hakim) kerana ini adalah kali keempat hasrat kami ditentang. Kami memaklumkan kepada ibu bapa sebab ingin bernikah, namun mereka masih tidak dapat menerimanya.
Saya faham ibu dan bapa risau masa depan saya, namun melihat kesungguhan tunang dan apa yang dia korbankan untuk saya seperti membayar yuran semester, memberi duit untuk makan dan kos membeli keperluan belajar, saya berasakan dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami.
Dulu, saya amat sosial, selalu ke kelab malam, minum minuman haram. Namun, selepas dia merubah saya, Alhamdulillah saya menjadi Muslimah yang bertudung dan berpakaian labuh.
Ibu bapa saya amat suka dengan perubahan saya. Namun, mengapa mereka masih ingin mendengar cakap orang lain dan tidak memahami hasrat kami?
Adakah saya wajar untuk menggunakan khidmat wali enggan dalam hal ini? Kami hanya mahukan cara yang baik, namun semuanya ditentang oleh ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.
Runsing,
Selangor
Setiap masalah ada penyelesaiannya dalam Islam. Begitu juga dengan kes anda di atas berikutan keengganan ibu bapa membenarkan anda berdua melangsungkan perkahwinan walaupun sudah lama bertunang dan menyatakan hasrat untuk berkahwin segera.
Saya juga berasakan pelik dengan tabiat ibu bapa sedemikian apabila masih lagi menghalang perkahwinan anda sedangkan semua keperluan diuruskan tunang. Pada hal semua keperluan anda di bawah tanggungjawab ibu bapa.
Dengan sebab itu, saya berpandangan anda berdua boleh mengemukakan permohonan untuk berkahwin melalui perpindahan wali dari wali nasab kepada wali raja di mahkamah syariah tempat anda tinggal.
Asasnya ialah keengganan wali nasab memberi persetujuannya tanpa sebab yang mencukupi. Mahkamah akan menyiasat terlebih dahulu perkara ini dan akan memberi persetujuan apabila ia sudah berpuas hati.
Bagaimanapun, lebih baik perkara ini diselesaikan secara musyawarah (berbincang) sesama keluarga.
Dengan itu tiada pihak akan berkecil hati atau sebagainya dengan tindakan anda nanti. Lagipun penyelesaian sesama sendiri menjimatkan kos dan masa.
Saya berasakan perkahwinan anda tidak boleh ditangguhkan lagi dan banyakkan berdoa semoga ibu bapa anda terbuka hati untuk meneruskan akad pernikahan secepat mungkin.
Tajuk Paling Popular
Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini
Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info agama
dengan tajuk Pelik Boleh Bertunang Tetapi Tidak Boleh Bernikah. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/pelik-boleh-bertunang-tetapi-tidak.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown - 12/07/13
Belum ada komen untuk "Pelik Boleh Bertunang Tetapi Tidak Boleh Bernikah"
Catat Ulasan